Followers

Monday, 16 January 2012

RAHSIA HURUF DALAM NAMA ANDA

Eloooo...
Entry ni aku nak kongsi sedikit maklumat ngan korang tentang  huruf yang aku dah bace..dulu time sekolah aku memang suke tengok2 bende2 cam ni sebab nak tahu rahsia setiap bende..hehehe..
Papepun enjoy k..:)
Aku tidak memaksa korang tuk percaya dengan semua nye tapi yang baik kite bleh amalkan dan yang buruk kite perbaiki..btol x?hehehe




A
·         Seorang yang ramah dan murah senyuman .
·         pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.
·         Seorang yang sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah tetapi marahnya mudah reda.
B            
·         Seseorang yang selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit.
·         membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.
·         Seorang yang sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.
·          Yang tidak baiknya,seorang yang sangat mudah tersinggung.
C            
·         Seorang yang sangat ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan.
·         tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D            
·         Bersikap pendiam, bercakap hanya bila perlu.
·         Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.
·         Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E             
·         Seorang yang pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.
·         Sikapnya  menjadi periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F             
·         Mempunyai  pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan.
·         Yang tak baiknya tidak setia tetapi amat berhati-hati bila berbelanja.
G            
·         Mempunyai sikap atau kelakuan yang kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi.
·         Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H            
·         Seseorang yang sangat mudah simpati, bahasanya lemah-lembut.
·         Tidak pernah melukai perasaan orang lain.
·         Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I              
·         Sangat suka memendam perasaan dan permasalahan.
·         Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain.
·         Tetapi mereka ini sangat suka menangis.
J
·         Ramah dan murah senyuman.
·         Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan.
·         Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K            
·         Pandai berjenaka.
·         Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah.
·         Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L             
·         Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan.
·         Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain.
·         Amat berhati-hati bila berbelanja.
·         Kelemahannya, tidak menepati masa.
M           
·         Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak.
·         Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.
·          Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N            
·         Baik hati dan rapi dalam berpakaian.
·         Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.
·         Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O            
·         Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain.
·         Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P            
·         Pandai berjenaka dan selalu ceria.
·         Punya banyak idea dan sangat kretif.
·         Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.
·         Agak pendendam dan boros.
Q            
·         Setia dan mudah memaafkan orang lain.
·         Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan.
·         Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R            
·         Pendiam dan bercakap hanya bila perlu.
·         Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita.
·         Suka mengkritik.
·         Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S             
·         Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita.
·         Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.
·         Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T             
·         Sangat berdisiplin.
·         Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.
·         Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.
·         Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U            
·         Suka berterus-terang dan menyendiri.
·          Naif baginya merugikan orang lain.
·          Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V            
·         Tutur katanya lembut dan pemalu.
·         Pandai meyesuiakan diri.
·         Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat.
·         Tidak suka berterus terang.
W           
·         Ramah dan mudah simpati.
·         Sikapnya amat menawan.
·         Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan.
·         Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X            
·         Budi pekertinya halus.
·         Suka melakukan pekerjaan sosial.
·         Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y             
·         Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri.
·         Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.
·         Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z             
·         Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.
·         Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


 p/s:sila2 la komen ye..and jgn lupe follow..:) 


Thursday, 12 January 2012

AKU K-POP A.K.A S-POP

-GAMBAR HIASAN SAHAJA-

Ko ade??..hahaha..
aku K-POP..fenin2 pale aku sebab semua kawan2 panggil aku ni cm tu..tapi meka dah tuka panggil S-POP plak..S-POP (Sarawak POP)..hahaha..
Tapi thanks la buat kawan2 yang ckp cm tu..wlpun aku tahu korang sindir aku jg sbenarnye kn..hihik..it ok sebab aku xakan ambik ati pun sal tu..korang yang nak panggil aku cam tu..
Mungkin sebab style aku yang wat korang sampai panggil aku cam tu kn..yea aku memang ade terpengaruh dengan K-POP la juga tapi aku ade gabungkan style K-POP aku tu dengan barat ckit gaya Justin Bieber dan curi2 gaya lain yang aku tengok cantik dipandang mate aku ni..hehehe..dan satu lagi gaya rambut aku ni yang cm K-POP sangat wat kawan2 aku panggil aku cam tu..tp aku suka gaya JB..hahaha..
Disebabkan kawan2 aku panggil aku ni K-POP ngn S-POP la aku jadi malu gile hari ni..dah la time tu sorg lecturer pompuan ni tengah mengajar la..then dia tanya aku ape tu "cross-pollination?"..die tunjuk2 kt aku suruh jawab la..sebab baru je masuk kelas die masih xtwu nama aku la..ape lagi kawan2 aku ckp panggil die K-POP..malu aku sampai muka aku naik merah gile2 sampaikan lecturer tu cakap "muka die cam gune blushing merah.."..adoi..memang akumalu time kelas td tu sebab lecturer tupun panggil aku ni K-POP tu pasal aku ni jd malu gile..memang aku tak tahu nk sorok mane muke aku time kelas tadi tu..huhuhu..
Pendek kate,panjang tak kate pape tau,panjang rilex je..hahaha:)
Makan la jangan malu2,kalau malu2 jangan makan2..tol x?hehehe

p/s:sudi2 la komen la ye and jangan lupe follow..

Wednesday, 11 January 2012

SEMPURNA SANGAT KE KO TUE..

-GAMBAR CONTOH SAHAJA-
Salam sejahtera.
Entry kali ni aku nak cakap sal orang..nak mengumpat sekejap..hahaha
Aku tahu ramai yang belum kenal aku sangat..aku tak seperti yang korang sangkala k..yang aku tak boleh terima bila korang cakap bende yang boleh menjatuhkan air muka aku..itu aku memang tak boleh terima..aku nak cakap la sal sorang pompuan kat fesbook aku ni..bukan main lagi tekan butang add kat fesbook aku nak jadi friend la katanya..pas die ni komen salah satu status aku aku pg la check die punye wall nk intai2 dlu sblum nak approve..tak lama pastu aku tengok keluar satu satu yang mengejikan aku..itu pas aku approve request die ni..aku bengang ngan status die tu aku terus block die punye fesbook dari fesbook aku..baru rasa puas ckit haty aku time tu walaupun aku tahu begang sangat ngan pompuan tu..cehhhh..feeling lebe plak nk marah2 org..hahaha..
Die ingat die sempurna sangat ke sampai leh nak mengeji mengutuk orang lain cam tu je..semua orang xsempurna la wey..sebab aku xnk berpanjangan aku blok ko terus..menyemak je ko dalam friend lists aku..
aku paling xsuke orang cam PLASTIK cam orang tu..aku sedar aku xsesempurna orang lain tapi aku tahu batas aku sebagai seorang yang xsempurna dan seorang manusia yang lemah..coiii..humble gileww..hahah
Jangan nak mengaggap diri kite ni bagus sangat kerana tiada orang sempurna..never jd PLASTIK..jangan nak HIPOKRIT sangat sebab itu boleh menjatuh diri kita sendiri suatu hari nanti..btol x?..(mungkin kot aku cakap je)..
Aku lagi suke berkawan dengan orang dapat memahami aku dan menerima aku seadanya dan bukannya mengeji mengutuk memburuk-burukkan aku..
Aku nk ckp banyak2..cukup la itu saja aku mengutuk kau..haha..

p/s:jadilah diri anda sendiri jangan memburuk2kan orang lain..peace..

LUV AGAIN??YE KE?

"Jatuh CINTA lagi!!DAMN DAMN DAMN!!"
..cehhh mngade tol kan..hahaha

CINTA itu kejam!Aku tidak mahu BERCINTA lagi!
Aku penah give up dengan cinta.
Yea itu dulu kerna aku merasa tidak mahu menjaga hati lagi..kononnya laa..:)

Tapi sekali lagi hatiku disentuh oleh seseorang yang aku tak sangka yang akan menjaga hatiku dan begitu juga aku.Aku harap cinta yang kali ini lebih berpanjangan kerna aku dah tidak sanggup untuk dilukai lagi.
Hari ni aku nak cerita pasal CINTA dan jatuh cinta..hohoho..jiwang la ckit katenyerrr..
Aku dah hampir putus asa dengan cinta yang pernah melukai hati ni..kali ni aku terima cinta ini sebab aku mahu percaya lagi bahawa masih ade cinta yang sudi bersamaku..dan cinta kali ini aku harap akan lebih baik dari yang sebelum ini kerna aku tak mahu merasa sakit lagi..yeahhhh..jiwang dowh..hahaha
Apepun.kepada si dia yang dah menawan hatiku ni aku harap kau jaga la hatiku sebaik mungkin sebab aku akan menjaga hatimu sebaik mungkin..pada mulanya aku menyangkakan perbualan kite cuma satu perbualan antara kawan kerna aku tak mahu terlalu serius sehingga melibatkan perasaan..tapi entah kenapa hatiku time tu terdetik tu terbuka  sedangkan aku cuba tuk menjadi SINGLE seberapa lama yang boleh kerna aku cuba menjadikan hatiku benar2 mahukan cinta lagi..terima kasih  buat si dia yang telah mendapatkan hati ni..hohoho..jiwang gilew dh ni..

Coretan kali ni mungkin agak pendek kerna aku tidak mahu mencoretkan a.k.a memuntahkan perasaan jiwang karat yang teramat ni..apepun aku cinta kamu..hhahaha..kan aku dah ckp jiwang sgt dh ni..:)

p/s:cinta itu indah jika kita menjaganya sepenuh hati..tapi cinta menjadi kejam sebab tindakan manusia yang terburu-buru dan sangat mendesak..
Aku tahu saat ini Tuhan benar2 sedang menguji aku..~_~

Tuesday, 10 January 2012

New Face of 2012

Happy New Year and Merry Christmas.
Dah agak lambat tuk aku ucap semua tu kat korang yang tak jemu(wlpun yg follow xbnyk)..
Yeayyyy..akhirnye tahun 2011 berakhir dan banyak kenangan yang aku tak dpt lupa begitu jg dengan korang smua jg kan..pasti ada pahit manis yg korang rsa kn..apepun harap tahun baru ni akan lebih baik dari tahun 2011..amin.
Entry kali ni aku nk post picture tahun baru aku yang hado tu kat korang..hehehe..sebelum tu aku nak kongsi sedikit kenagan aku di tahun 2011 ngan korang..

Peristiwa Manis
Manis like Honey..ye kot tu la .ko ade?hehehe..
Yg manisnye "aku dah further study kat IPTS wlpun xdpt msuk IPTA..syukurr"
"aku dah jejak kaki kat Semenanjung a.k.a KL/Selangor..*org kg aku dh kt sane dowh..hahaha.."
"then keinginan aku tuk menaiki pesawat or 'bilun'(bahasa org iban) dah tercapai..memang best gile kot..:).."
"aku ade seekor kucing Snowbell yg aku sangat sayang..love you Snowbell..:hik3.."
"yg best sekali aku punye result semester antara yg terbaik..amin tu semua atas usaha dan doa aku sendri kot..:).."

Peristiwa Pahit
Pahit sepahit PANADOL..hohoho..yg hado tol kn..
yang pahit2 ni aku xsuke sangat nak ingat sebab aku xsuke nak inagt sgt..yg pahit tu mmg pahit la katekn so aku biakn je n xyah cite sgt kn..cam taik burung jatuh kat baju,mmg pahit sebab geli nak cuci baju kena taik burung..huhuhu
"BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH"

Aku berharap di tahun baru ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya..jauh2kn dri masalah yg boleh menjatuhkn aku..amin..Azam tahun baru..azam yang belum tercapai akan aku usahakan lagi tuk tahun baru ni dan harap tahun 2012 ni akan jadi lagi baik..amin..:)



p/s:aku xletak banyak sangat picture tapi kalo ade yang terbaru aku akan add la..

sudi2 la mengomen yerr...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...