Pernah terfikir kenapa orang lain lebih dikenali berbanding anda?Kenapa anda belum mendapatkan pasangan?Saya akan berkongsi dengan anda semua beberapa tips untuk nampak lebih trendy, berfesyen dan nampak lebih macho dari biasa..
- Pilih pakaian yang fit - Cara memilih baju ialah benda utama yang menampakkan lelaki itu 'alert' dengan fesyen.Kebanyakkan lelaki memilih baju yang lebih besar daripada saiz badan.Pilihlah pakaian yang menampakkan badan anda seolah-olah dipeluk dan fit tapi bukan dijerut.Yang penting berhati-hati memilih pakaian,fit bukan bermakna ketat.
- Simple and smart - Pakai simple pun dah cukup.Berfesyen tidak bermaksud anda perlu bergaya seperti seorang artis.Amalkan menggayakan pakaian tidak menggunakan lebih dari tiga warna.
- Relaxed not too bored - Maksudnya,santai bukan yang membosankan.Berpakaian santai tidak bermaksud anda perlu memakai pakaian seperti berada di kampung yang menggunakan singlet dan seluar pendek yang koyak.Banyak-banyak lah membaca buku-buku fesyen dan melihat program-program bersifat santai di televisyen.
- Pastikan pemakaian SEPADAN -Sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin fikir nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau anda sendiri dah rasa pelik, apatah lagi orang kat luar sana. Sebagai contoh, anda pakai baju yang labuh tapi pakai seluar yang ketat ala-ala legging. WTF?
- JANGAN bershopping berseorangan - Jangan mengamalkan keluar shopping berseorangan.Ajaklah sekurang-kurangnya seorang member pun jadilah.Member tu kenalah boleh memberi pendapat yang jujur dan boleh dipercayai.Jangan membiarkan pendapat member anda kalah dengan kata-kata penjual berkenan.
- Always Alert / peka - Sentiasa fikir apakah event yang anda akan pergi.Jangan terlebih berfesyen kerana pasti akan buat anda nampak cacat, tapi jangan takut untuk berfesyen.Kalau dah bercadang nak pergi ke tempat yang panas, takkan nak pakai sweater yang tebal
- Jangan mengabaikan benda yang remeh-temeh - Cara pemakaian scarf,kebanyakkan lelaki akan menganggap itu remeh-temeh.Mesti akan kata, "Ah, bedal jelah...." Sebenarnya benda yang anda rasakan temeh tulah yang mampu memberikan impak yang besar.
- Jangan ikut trend - Trend masa kini tidak akan kekal lama, so jangan biasakan diri ikut trend.Kekalkan dengan citarasa anda suka.Jangan membeli disebabkan trend tetapi tidak tahu nak menggunakannya.
- Creat your own look - Teruskan membentuk image tersendiri.Bukan bermaksud anda perlu menjadi the next lady gaga dengan memcipta style tersendiri.Tetapi cuba bentuk style anda tersendiri.
- Berhati-hati memilih T-shirt - Jangan sesekali amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.So,belilah t-shirt yang logonya kecil dan nampak berstyle ketika menggunakan t-shirt tersebut.
- Muka kenalah bersih dan kemas - Selain pemakaian,wajah juga kena nampak kemas dan bersih.Perhatikan wajah anda, terutama sekali pada janggut. Ada nampak terurus? Bulu hidung tu ada terkeluar-keluar? Sideburn tu ada nampak macam Elvis Presley? Pastikan muka nampak bersih dan kemas, buang segala bulu roma yang dirasakan menyemak. Pemilihan pencukur juga amat penting.
- Jangan malu minta pendapat - Pastikan anda meminta pendapat daripada orang jujur memberi pendapat.Rajin-rajin lah meminta pendapat daripada orang sekeliling anda tentang pemakaian anda adakah nampak smart atau sebaliknya.
- Belanja lebih untuk kasut - Apa salahnya jika berbelanja lebih untuk sepasang kasut. Tetapi jangan beli saja mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki sekalian bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang dipakai lelaki. Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan sesuai ke tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor. Kasut melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.
Selamat mencuba..jika anda ada apa-apa tambahan terhadap tips diatas silalah kemukakan dengan memberi komen k...^________^


No comments:
Post a Comment