Followers

Wednesday, 23 November 2011

ADAKALANYA...



Adakalanya kita perlu MENANGIS
agar kita tahu
hidup ini bukan
sekadar KETAWA
Adakalanya kita perlu ketawa agar
kita tahu MAHALNYA nilai airmata
Syukurlah kiranya ada
yang menyakitimu,
kerna dia mengajarmu erti TABAH
Syukurlah kiranya ada yang
tidak mempedulikanmu kerana dia
mengajarmu erti BERDIKARI
Syukurlah jika ada yang menjatuhkanmu
kerna dia menghebatkanmu
untuk terus BANGUN LAGI
Syukurlah kiranya ada
yang menyiksamu,kerna dia
mengajarmu KESABARAN & KETABAHAN


COPYRIGHT:

Monday, 21 November 2011

RELEASE TENSION


Hai all..lama dh aku xpost..xde masa nk update blog sbb busy ngn study..heheh^^..aku nak cite ckit psal hari Sabtu minggu lepas 19/11/2011..mmg hari yg pnjng dan gile2..aku sampai nk demam tp lom dmam g la..kisah nye bmula cm ni..pagi hari sabtu tu aku ade klas..mnyampah gile aku sbb dh la kena guna duit sndri g kampus..aku ngn member aku(3 org tmsuk aku) ambik taxi dr hostel g KTM Kepong Sentral nk g KTM Sg Buloh..sampai je kt Sg Buloh kitorg ambik taxi lg pg kampus..yg aku xpuas aty nyer..pmandu taxi tu siap mkn duit kitorg cas  tmbng RM10..nk je aku ajak member aku blah xnk bayar tp member aku siap sronok2 dok dlm taxi tu tggu aku byar sbb meka byar kt aku pastu..sptutunya tmbng cuma RM6 je..ape blh buat byar je time tu..then kitorg lpak kt kdai mkn smtra tggu lecturer smpai..klas mula kol 10:30 pagi sampai kol 4:30 ptg..nsb baik klas xboring..dan yg bestnye ade tmbhn markah sape yg dtg klas sabtu tu..hehehe^_^..pas abis klas aku ajak sorg member aku turun KL ptg tu jg..kitorg ambik la bus g Kota Raya..tggu punya tggu dlm bus sampai kol 6 xjg smpai2..then aku ajak member aku guna LRT je kt Asia Jaya..kitorg trus pg Kl Sentral..then trus pg Bukit Bintang guna monorail..dh la hujan renyai2 time tu..pale dh mula pening2 dh..aku tekad jg nk pg sana sbb nk g Pavillion.kol 7:30 kitrng sampai kt BB..mmg bnyk gile org time tu sbb kn hari sabtu..*kn best kalo dpt jln2 ngn bf..hehehee..jeles tgok PLU2 lain jln ngn bf..~.~...yg paling best ialah kt Sungai Wang ade live NTV7 psal artis cina ni..so aku ajak la member aku layan jap,..dia on je la..ahaha*dia dlm hati mmg xnk sbnarnya sbb tpaksa ekot je la..:)..sbb konsert tu lambat lg aku ajak dia pg Pavi jln2 smntra tggu live tu mula..buat ptama kali aku pg Pavi mmg best gile..aku pun xsdar yg tmpt tu Pavi sblum ni..best gile la sbb first time..lain kali nk dtg g la.huhuhu..nk ajak someone lak pasni..:).xpuas jln2 sbb time tu dh mlm dh dlm kol8 lebih..then aku ajak member aku ni blik g Sg,Wang sbb nk tgok konsert tu..*konsert ke x xtwu la lantak je ckp konsert..haha..time artis2 cina nk kt atas pentas sempat gk aku ambik bbrapa pic..ensem la jg..hehehee..then kol 9 aku ajak member aku ni blah sbb tkot xdpt blik lak nanti..sampai je kt KL Sentral trus g Pasar Seni nk ambik bus kt sana nk blik hostel kt Selayang..smpai je Psar Sni member aku ajak jln kt Petaling Street la plak nk beli bundle katanya..ekot je la..huhu..xsdar tgok jam dh kol10..ape lagi mngelabah blik ke stesen bus tgok2 bus dh abs xde g bus nk blik..dh la hujan time tu mmg nk demam gile rsa nye..buntu dlm 10minit kt situ..then aku ckp la kite naik je KTM kt KL Sentral g Kepong Sentral..blik g pg KL Sentral nk ambik KTM kt situ..first time jg time tu sbb xpanh guna KTM dri situ..sampai je kt bwah tu aku tnya ssorg mne satu laluan nk g Kepong Sentral..ensem jg mamat yg aku tanya tu..dia pnggil aku adik lak..hahaha..geli hati aku dgr tp thanks la sbb dh tunjuk jln nk blik..dlm kol12 lebih kitorg smpai kt Kepong Sentral..dlm KTM otw nk blik tu mmg ramai gile org..aku bdiri je sampai kt KTM Putra then member aku bg kt aku tmpt duduk kosng dlm KTM tu..cm sweet je kn..haahah..*dia straight k..jgn pk yg bukan2 sudah..:)..then dlm 10 minti tggu taxi nk blik hostel kt Selayang..mmg penat gile tmbh g pening pale nk demam..pape pun aku rsa hari tu mmg hari yg pnjng dan best kt aku wlpun aku hmpir demam..tp yg lucu nye time kt Pasar Seni..kitorg smpai tfikir nk mrempat kt situ..aku mmg nk gelak je dgr dia ckp cm tu..tp nsb baik xjd nk jd cm tu..yg aku suka time kt Sg Wang yg konsert mini dr artis cina tu..then yg kt Pavi ade Chrismast Wonderland..mmg cantik gile..aku rsa cm nk je ambik gmbr puas2 kt situ tp yg sedih nye aku nk ambik gmbr mesti xdpt sbb fon aku buat hal je....huhuhu...



Artist cina yg wat konsert kt Sg Wang...^_^

Time meka tgh mnyanyi..heheh..<3


P/S:hope korng xmnymph ngn entry kali ni..peace..leave your comment pliz..^_^

Sunday, 6 November 2011

TANDA-TANDA ORANG JATUH CINTA



Apa khabar korang semua?Entry kali ni aku nk cite sikit kat korang semua tentang CINTA lagi...Mesti ramai diantara kita yang pernah jatuh cinta bukan?..Aku sendiri pernah mengalaminya dan memang benar tentang yang aku kata kat bawah ni tentang jatuh cinta...jom tengok sama ada benar tau tidak...^_^


  • Orang yang cinta kepada anda tidak akan pernah memberi alasan kenapa dia  mencintai kamu dan yang dia tahu hanya kamu di matanya.
  • Walaupun kamu sudah ada pasangan atau kekasih,baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap impiannya untuk dijadikan kekasih hatinya juga.
  • Orang yang mencintai kamu juga akan menerima kamu seadanya,dimatanya selalu kamulah yang tercantik walaupun kamu merasakan berat badan dah naik dan merasakan diri kamu sudah gemuk.
  • Orang yang mencintai kamu juga selalu ingin tahu tentang kamu dan tentang apa saja kamu lalui setiap hari kerna ingin tahu apa kamu buat.
  • Orang yang mencintai kamu juga selalu mengirimkan sms seperti "slmt pagi" ,"slmt berhujung minggu" ,"slmt mlm" walaupun kamu tidak membalasnya.
  • Sekiranya ulang tahun kelahiran kamu dan kamu tidak menjemputnya tetapi dia akan memnelefon atau mengirimkan sms untuk mengucapkan ulang tahun kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan sentiasa ingat setiap pekara yang kamu lalui bersama kerana baginya saat2 itu sungguh berharga walaupun kamu sendiri sudah lupa akan peristiwa2 tersebut selanjutnya.
  • Orang yang mencintai kamu juga akan selalu ingat akan kata2 yang kamu ucapkan yang mungkin kamu sendiri sudah lupa.
  • Kalau kali terakhir kamu berjumpa kamu sakit atau kurang sihat,beberapa hari kemudian dia akan menanyakan keadaan kamu kerna dia kuatir akan kesihatan kamu.
  • Jika kamu memberitahu yang kamu akan menghadapi ujian,dia akan menanyakan bila ujian tersebut,bila tiba hari ujian tersebut dia akan mengucapkan "good luck" untuk memberikan kamu semangat.
  • Orang yang mencintai kamu sentiasa ingin bersama serta dekat dengan kamu kerana ingin menghabiskan hari2nya bersama kamu.
  • Ketika kamu berbual di telefon,dia akan terdiam sesaat sehingga membuatkan kamu binggung,saat itu dia menjadi sangat gugup kerana kamu telah menggongcang  dunianya.
  • Jika kamu memeriksa handphonenya maka hampir keseluruhan penuh dengan nama kamu di dalam INBOXnya.Dia masih menyimpan mesej2 kamu walaupun mesej2 itu dihantar sejak minggu lepas bahkan bulan lepas ataupun tahun lepas.
  • Orang yang mencintai kamu kekadang membuat pekara yang menjengkelkan kamu atau gila2,saat kamu memberitahu bahawa tindakannya itu mengganggu kamu dan dia akan segera meminta maaf serta tidak akan mengulangnya lagi.
  • Jika kamu memintanya untuk mengajarmu sesuatu maka dia akan mengajarmu dengan penuh sabar walaupun kamu tahu bahawa kamulah orang yang paling bodoh di dunia!
  • Orang yang mencintai kamu juga akan bertindak lebih  seperti saudara kamu daripada seperti seorang kekasih.
  • Orang yang mencintai kamu akan melakukan pekara2 yang agak gila2 bagi kamu seperti menelefon kamu sebanyak 100 kali sehari, atau mengirimkan sms pada tengah2 mlm masa kamu tengah tidur atau menelefon kamu tengah2 mlm kerana saat itu dia memikirkan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu juga tidak akan jemu menanti kamu walaupun kamu lambat..dia akan selalu menunggu kamu.
Adakah orang melakukan pekara2 di atas kepada kamu?Adakah kamu yang melakukan pekara2 di atas kepada seseorang?
Kalau ada kamu adalah orang yang sangat bertuah  dan beruntung sekali.
Bagaiman setelah anda semua membaca pekara2 diatas tentang "TANDA-TANDA ORANG JATUH CINTA",adakah benar atau tidak apa yang aku bagitahu atau anda semua pernah merasai semua diatas yang dicintai oleh seseorang sebegitu sekali di buatnya..
Berilah komen anda dibawah.Jika ada apa2 tambahan boleh lah kemukan dibawah juga ya...^________^

Friday, 4 November 2011

13 TiPS MUDAH BERFESYEN UNTUK LELAKi







Pernah terfikir kenapa orang lain lebih dikenali berbanding anda?Kenapa anda belum mendapatkan pasangan?Saya akan berkongsi dengan anda semua beberapa tips untuk nampak lebih trendy, berfesyen dan nampak lebih macho dari biasa..



  1. Pilih pakaian yang fit - Cara memilih baju ialah benda utama yang menampakkan lelaki itu 'alert' dengan fesyen.Kebanyakkan lelaki memilih baju yang lebih besar daripada saiz badan.Pilihlah pakaian yang menampakkan badan anda seolah-olah dipeluk dan fit tapi bukan dijerut.Yang penting berhati-hati memilih pakaian,fit bukan bermakna ketat.
  2. Simple and smart - Pakai simple pun dah cukup.Berfesyen tidak bermaksud anda  perlu bergaya seperti seorang artis.Amalkan menggayakan pakaian tidak menggunakan lebih dari tiga warna.
  3. Relaxed not too bored - Maksudnya,santai bukan yang membosankan.Berpakaian santai tidak bermaksud anda perlu memakai pakaian seperti berada di kampung yang menggunakan singlet dan seluar pendek yang koyak.Banyak-banyak lah membaca buku-buku fesyen dan melihat program-program bersifat santai di televisyen.
  4. Pastikan pemakaian SEPADAN -Sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin fikir nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau anda sendiri dah rasa pelik, apatah lagi orang kat luar sana. Sebagai contoh, anda pakai baju yang labuh tapi pakai seluar yang ketat ala-ala legging. WTF?  
  5. JANGAN bershopping berseorangan - Jangan mengamalkan keluar shopping berseorangan.Ajaklah sekurang-kurangnya seorang member pun jadilah.Member tu kenalah boleh memberi pendapat yang jujur dan boleh dipercayai.Jangan membiarkan pendapat member anda kalah dengan kata-kata penjual berkenan.
  6. Always Alert / peka - Sentiasa fikir apakah event yang anda akan pergi.Jangan terlebih berfesyen kerana pasti akan buat anda nampak cacat, tapi jangan takut untuk berfesyen.Kalau dah bercadang nak pergi ke tempat yang panas, takkan nak pakai sweater yang tebal
  7. Jangan mengabaikan benda yang remeh-temeh - Cara pemakaian scarf,kebanyakkan lelaki akan menganggap itu remeh-temeh.Mesti akan kata, "Ah, bedal jelah...." Sebenarnya benda yang anda rasakan temeh tulah yang mampu memberikan impak yang besar.
  8. Jangan ikut trend - Trend masa kini tidak akan kekal lama, so jangan biasakan diri ikut trend.Kekalkan dengan citarasa anda suka.Jangan membeli disebabkan trend tetapi tidak tahu nak menggunakannya.
  9. Creat your own look - Teruskan membentuk image tersendiri.Bukan bermaksud anda perlu menjadi the next lady gaga dengan memcipta style tersendiri.Tetapi cuba bentuk style anda tersendiri.
  10. Berhati-hati memilih T-shirt - Jangan sesekali amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.So,belilah t-shirt yang logonya kecil dan nampak berstyle ketika menggunakan t-shirt tersebut.
  11. Muka kenalah bersih dan kemas - Selain pemakaian,wajah juga kena nampak kemas dan bersih.Perhatikan wajah anda, terutama sekali pada janggut. Ada nampak terurus? Bulu hidung tu ada terkeluar-keluar? Sideburn tu ada nampak macam Elvis Presley? Pastikan muka nampak bersih dan kemas, buang segala bulu roma yang dirasakan menyemak. Pemilihan pencukur juga amat penting.
  12. Jangan malu minta pendapat - Pastikan anda meminta pendapat daripada orang jujur memberi pendapat.Rajin-rajin lah meminta pendapat daripada orang sekeliling anda tentang pemakaian anda adakah nampak smart atau sebaliknya.
  13. Belanja lebih untuk kasut - Apa salahnya jika berbelanja lebih untuk sepasang kasut. Tetapi jangan beli saja mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki sekalian bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang dipakai lelaki. Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan sesuai ke tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor. Kasut melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.


Selamat mencuba..jika anda ada apa-apa tambahan terhadap tips diatas silalah kemukakan dengan memberi komen k...^________^

MY LITTLE NEPHEW

For this entry i want to share about my little nephew that i love..His name is Xavier..His mum is my cousin and sometime other people told that we are like twins..lol..whatever they want to say..but i love my little nephew..^_^









TIPS DIET KEKAL KURUS

Kurus atau Gemuk?Apa pilihan anda?Saya akan memilih untuk kurus dan kekal sihat..pada saya untuk kurus tidak lah susah kerana jika kita dapat mengikuti pekara-pekara dibawah..pasti kita akan dapat kekalkan berat badan yang ideal dengan diet yang sihat...


1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

Sesekali Tidak Mengapa. Sekian, selamat mempraktikkannya…


~TINGGALKAN KOMEN ANDA~
^________^

WHAT YOUR FAVORITE COLOR?




Your favorite color explain your personality..let see what your favorite color and your personality..

White: Symbolic of purity, innocence and naivete, white has strong connotations of youth and purity. If you are an older person, your preference for white could indicate a desire for perfection and impossible ideals, maybe an attempt to recapture lost youth and freshness. It may also symbolize a desire for simplicity or the simple life.

Red: The color of strength, health, and vitality, Red is often the color chosen by someone outgoing, aggressive, vigorous and impulsive—or someone who would like to be! It goes with an ambitious nature but those who choose it can be abrupt at times, determined to get all they can out of life, quick to judge people and take sides. Red people are usually optimistic and can’t stand monotony; they are rather restless and not at all introspective, so they may be unaware of their own shortcomings. They find it hard to be objective and may blame others for any mishaps. Quiet people with a preference for red may feel the need for the warmth, strength and life-giving qualities of the color, or they blanket their true feelings under a sober exterior. Red is usually chosen by people with open and uncomplicated natures, with a zest for life.

Maroon: Harsh experience has probably matured the Maroon person into someone likable and generous. It is often a favorite color of someone who has been battered by life but has come through. It indicates a well-disciplined Red personality—one who has had difficult experiences and has not come through unmarked but who has grown and matured in the process.


Pink: This color embodies the gentler qualities of Red, symbolizing love and affection without passion. Women who prefer Pink tend to be maternal. Pink desires protection, special treatment and a sheltered life. Pink people require affection and like to feel loved and secure, perhaps wanting to appear delicate and fragile. Pink people tend to be charming and gentle, if a trifle indefinite.

Orange: This color of luxury and pleasure appeals to the flamboyant and fun-loving person who likes a lively social round. Orange people may be inclined to dramatize a bit, and people notice them, but they are generally good-natured and popular. They can be a little fickle and vacillating, but on the whole they try hard to be agreeable. Orange is the color of youth, strength, fearlessness, curiosity and restlessness.

Yellow: The color of happiness, wisdom and imagination, Yellow is chosen by the mentally adventurous, searching for novelty and self-fulfillment. Yellow usually goes with a sunny and shrewd personality, with a good business head and a strong sense of humor. It is the color of intellectuality and all things to do with the mind. Yellow folks are usually clear and precise thinkers who have a good opinion of their own mental capacities and who have lofty ideals. They may at times tend to shun responsibility, preferring freedom of thought and action.

Green: The color of harmony and balance, Green symbolizes hope, renewal and peace, and is usually liked by the gentle and sincere. Greens are generally frank, community-minded people, fairly sociable but preferring peace at any price. Green people can be too self-effacing, modest and patient, so they may get exploited by others. They are usually refined, civilized and reputable.

Blue: Soft, soothing, compassionate and caring, Blue is the color of deliberation and introspection, conservatism and duty. Patient, persevering, conscientious, sensitive and self-controlled, Blues like to be admired for their steady character and wisdom. They are faithful, but are often worriers with somewhat inflexible beliefs and can be too cautious, and suspicious of flamboyant behavior.

Blue-Green: Exacting, discriminating, poised and attractive, the Blue-Green person tends to be sensitive, intellectual and refined, persevering and stable if rather detached. Blue-Greens have excellent taste, and are usually courteous and charming, capable but often refusing help or guidance.

Turquoise: Complex, imaginative and original, Turquoise people drive themselves hard and may be in a state of turmoil under their outwardly cool exterior.

Lavender: This is often chosen by a person who lives “on a higher plane,” who never notices anything sordid and who is always impeccably and beautifully dressed. Lavender people may be on a continual quest for culture and the refined things of life, high and noble causes but without the necessity of getting their hands dirty. A Lavender person is usually creative, charming, witty and civilized.

Purple: Purples are highly individual, fastidious, witty and sensitive, with a strong desire to be unique and different. Temperamental, expansive and artistic, a Purple person may become aloof and sarcastic when misunderstood. If you chose Purple, you tend to be unconventional, tolerant and dignified, likely to achieve positions of authority.

Brown: A Brown person has stamina and patience, tending to be very solid and substantial, conscientious, dependable, steady and conservative. Browns are not impulsive, and may be inarticulate and tactless but they love responsibility and are reliable and kindly. If you chose Brown, watch out for a tendency to be obstinate and inflexible.

Gray: The color of caution and compromise, diligent Grays search for composure and peace and often work hard without reward. Older Grays like life to run on an even keel with few ups and downs. Young Grays may be withdrawing from life and suppressing their personalities. Grays often have good business ability and tend to work too much.

Black: Dignified and impressive without being showy, Black people want to give the appearance of mystery, but their preference may also indicate a suppression of desires and worldly aims, suggesting hidden depths and inner longings.

Adapted from The Healing Power of Color by Betty Wood (Inner Traditions, 1998).

Thursday, 3 November 2011

KENANGAN MANIS


hi,entry kali ni sy nk ingat balik kenangan manis aku kt sekolah aku lama dulu iaitu SMK DALAT,SARAWAK.Picture2 kt bawah ni merupakan kenangan yang aku xdpt lupa sbb time tu kitorg tgah berlakon untuk pementasan jalan hidup seorang guru yang nak bersara..picture2 kt bawah ni sbelum pementasan..enjoy la tgok...^_^


















kepada kawan2 aku..semoga korang gembira dalam alam pancaroba yang baru ini..aku sentiasa mendoakan kalian semua..gembira mempunyai kawan seperti mereka semua yang sgt happening kalo bersama...^_____^

BEZA ANTARA SUKA, CINTA DAN SAYANG

Dihadapan orang yang kau cintai,
musim dingin berubah menjadi musim semi yang indah

Dihadapan orang yang kau sukai,
musim dingin tetap saja musim dingin hanya
suasananya lebih indah sedikit

Dihadapan orang yang kau cintai,
jantungmu tiba tiba berdebar lebih cepat

Dihadapan orang yang kau sukai,
kau hanya merasa senang dan gembira saja

Apabila engkau melihat kepada mata orang yang
kau cintai, matamu berkaca-kaca

Apabila engkau melihat kepada mata orang yang
kau sukai, engkau hanya tersenyum saja

Dihadapan orang yang kau cintai,
kata kata yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam

Dihadapan orang yang kau sukai,
kata kata hanya keluar dari pikiran saja

Jika orang yang kau cintai menangis,
engkaupun akan ikut menangis disisinya

Jika orang yang kau sukai menangis,
engkau hanya menghibur saja

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan
rasa suka dimulai dari telinga
Jadi jika kau mau berhenti menyukai seseorang,
cukup dengan menutup telinga.

Tapi apabila kau mencoba menutup matamu dari
orang yang kau cintai, cinta itu berubah menjadi
tetesan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam
jarak waktu yang cukup lama.

"Tetapi selain rasa suka dan rasa cinta... ada
perasaan yang lebih mendalam.
Yaitu rasa sayang.... rasa yang tidak hilang
secepat rasa cinta. Rasa yang tidak mudah berubah.

Perasaan yang dapat membuat mu berkorban untuk orang yang kamu sayangi.
Mau menderita demi kebahagiaan orang yang kamu sayangi.

Cinta ingin memiliki. Tetapi Sayang hanya ingin
melihat orang yang disayanginya bahagia..
walaupun harus kehilangan."



~NICQ BENRIEYS~

EXPERiENCE OF LOVE




Setiap orang mempunyai pengalaman dalam bercinta
Bercinta dan berpisah
“Aduhh sakitnya”
Tak semua orang boleh terima perpisahan
Kadangkala merasa serik untuk mencintai orang lain kerana terlalu sayangkan kekasih lama
Perpisahan itu menyakitkan
Menyintai itu adalah kebahagiaan


Namun
Bila kita berfikir secara positif
Sebenarnya
Mencintai itu lebih menyakitkan dari melepaskan cinta
Kerana
Bila kita mencintai seseorang
Lebih-lebih lagi disaat-saat hubungan dalam keretakkan
Sebelah pihak pasti akan terluka
Menunggu masa melafazkan ”PERPISAHAN”


Andai dalam percintaan bila kita merasa perubahan yang ketara dalam perhubungan
Kehambaran kemesraan
Bersedialah untuk melepaskan
Walau hakikatnya hati masih sayang
Memang bukan mudah melihat orang yang kita sayang berlalu pergi


Namun
Percayalah
Kebahagian dalam perpisahan itu lebih bermakna dari
Kekecewaan dalam mencintai
Sakit hati melepaskan
Namun lebih sakit lagi hati
Bila kita tidak dihiraukan
Apatah lagi pandangan dia terhadap kita telah pun kosong
Tiada lagi sayang
Berbaloikah kita menunggu orang yang sudah tidak sayang lagi dengan kita?


Kita tau kesudahan nya
Namun berkeras menidakkan
Terima lah hakikat bahawa hubungan tak mungkin akan kekal tanpa perasaan kasih dan sayang
Kerana percintaan akan kukuh dengan adanya kasih sayang
Tanpa kasih sayang
Cinta tak bermakna
Jangan pula kita menyalahkan dia bila kita tidak diperlukan lagi
Bukankah manusia tidak sempurna
Begitu juga dia


Mungkin kekecewaan yang kita rasa akan berganti kebahagiaan yang kita sendiri tidak sedar
Doakan dia bahagia
Kerana bila kita mendoakan kebahagiaan dia
Kita akan dibalas dengan kebahagiaan juga
Tanamkan dalam hati
“Aku bahagia,bila dia bahagia”
Kerana mencintai bukan bererti memiliki


Re-entry:NicQ
Entry:Wan Gerrard..

Wednesday, 2 November 2011

SOME OF MY FAVORITE QUOTES


All progress has resulted from people who took unpopular positions.
Adlai E. Stevenson

No soul is desolate as long as there is a human being for whom it can feel trust and reverence.
George Eliot (Mary Ann Evans), novelist (1819-1880)

Nothing worse could happen to one than to be completely understood.
Carl Gustav Jung, psychiatrist (1875-1961)

Everything you want is out there waiting for you to ask. Everything you want also wants you. But you have to take action to get it.
Jack Canfield

Most people would rather be certain they're miserable, than risk being happy.
Robert Anthony

Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness: kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile.
Mother Teresa

You desire to know the art of living, my friend? It is contained in one phrase: make use of suffering.
Henri Frederic Amiel, philosopher and writer (1821-1881)

What we wish, that we readily believe.
Demosthenes, c 383-322 BC, Greek orator.

Most writers regard truth as their most valuable possession, and therefore are economical in its use.
Mark Twain

There's as much risk in doing nothing as in doing something.
Trammel Crow

We must travel in the direction of our fear.
John Berryman, 1914-1972, American poet.

How different our lives are when we really know what is deeply important to us, and keeping that picture in mind, we manage ourselves each day to be and to do what really matters most.
Stephen Covey

If you want happiness for an hour - take a nap. If you want happiness for a day - go fishing. If you want happiness for a month - get married. If you want happiness for a year - inherit a fortune. If you want happiness for a lifetime - help someone else.
Chinese Proverb

Don't be afraid to take a big step if one is indicated. You can't cross a chasm in two small jumps.
David Lloyd George (1863-1945, British Statesman, Prime Minister)

Your decision to be, have and do something out of ordinary entails facing difficulties that are out of the ordinary as well. Sometimes your greatest asset is simply your ability to stay with it longer than anyone else.
Brian Tracy (American Trainer, Speaker, Author, Businessman)

The greatest mistake you can make in life is to be continually fearing you will make a mistake.
Elbert Hubbard (1859-1915, American Author, Publisher)

Love is a symbol of eternity. It wipes out all sense of time, destroying all memory of a beginning and all fear of an end.
Germain de Stael (1766-1817, French-Swiss Novelist)

Love your enemies because they bring out the best in you.
Friedrich Nietzsche

It's only when we truly know and understand that we have a limited time on earth - and that we have no way of knowing when our time is up, we will then begin to live each day to the fullest, as if it was the only one we had.
Elisabeth Kubler-Ross

The mind cannot long act the role of the heart.
Francois de la Rochefoucauld

You must live in the present, launch yourself on every wave, find your eternity in each moment.
Henry David Thoreau

Never regret. If it's good, it's wonderful. If it's bad, it's experience.
Victoria Holt

We must lay one brick at a time, take one step at a time; we can be responsible only for the one action of the present moment. But we can beg for an increase of love in our hearts that will vitalize and transform all our individual actions.
Dorothy Day (1897-1980, American Religious Leader)

There is a magnet in your heart that will attract true friends. That magnet is unselfishness, thinking of others first. When you learn to live for others, they will live for you.
Paramahansa Yogananda

Playing it safe is the riskiest choice we can ever make.
Sarah Ban Breathnach

Time is too slow for those who wait, too swift for those who fear, too long for those who grieve, too short for those who rejoice, but for those who love, time is eternity.
Henry Van Dyke (1852--1933)

What saves a man is to take a step. Then another step. It is always the same step, but you have to take it.
Antoine De Saint-Exupery

When I, sitting, heard the astronomer, where he lectured with such applause in the lecture room, how soon, unaccountable, I became tired and sick; Till rising and gliding out, I wandered off by myself, in the mystical moist night-air, and from time to time, looked up in perfect silence at the stars.
Walt Whitman

People can't live with change if there's not a changeless core inside them. The key to the ability to change is a changeless sense of who you are, what you are about and what you value.
Stephen R. Covey

Praying without ceasing is not ritualized, nor are there even words. It is a constant state of awareness of oneness with God.
Peace Pilgrim 1908-1981, American Peace Activist

Our plans miscarry because they have no aim. When you don't know what harbor you're aiming for, no wind is the right wind.
Seneca (BC 3-65 AD, Roman Philosopher, Dramatist, Statesman)

The truth which makes men free is for the most part the truth which men prefer not to hear.
Herbert Sebastian Agar

We must be the change we wish to see in the world.
Mahatma Gandhi

We are no longer happy as soon as we wish to be happier.
Walter Savage Landor 1775-1864, British Poet, Essayist

To love is to admire with the heart; to admire is to love with the mind.
Theophile Gautier, writer (1811-1872)

One does not discover new lands without consenting to lose sight of the shore for a very long time.
Andre Gide (1869-1951, French Author)

Figure out what your purpose is in life, what you really and truly want to do with your time and your life; then be willing to sacrifice everything and then some to achieve it. If you are not willing to make the sacrifice, then keep searching.
Quintina Ragnacci (1967-, Entrepreneur)

No horse gets anywhere until he is harnessed. No stream or gas drives anything until it is confined. No Niagara is ever turned into light and power until it is tunneled. No life ever grows great until it is focused, dedicated, disciplined.
Harry Emerson Fosdick

We are all born originals - why is it so many of us die copies?
Edward Young, poet (1683-1765)

Many of us spend our whole lives running from feeling with the mistaken belief that you cannot bear the pain. But you have already borne the pain. What you have not done is feel all you are beyond that pain.
Kahlil Gibran

When we get too caught up in the busyness of the world we lose connection with one another and ourselves.
Jack Kornfield

Sometimes our light goes out but is blown into flame by another human being. Each of us owes deepest thanks to those who have rekindled this light.
Albert Schweitzer

I have accepted fear as a part of life - specifically the fear of change. I have gone ahead despite the pounding in the heart that says: turn back.
Erica Jong

Our chief want is someone who will inspire us to be what we know we could be.
Ralph Waldo Emerson

Caged birds accept each other but flight is what they long for.
Tennessee Williams

Death is not the greatest loss in life. The greatest loss is what dies inside us while we live.
Norman Cousins

Tuesday, 1 November 2011

it all about L.O.V.E(CINTA)





Ramai diantara kita lebih gemar mengetajui tentang CINTA.Terutama bagi golongan muda khususnya perempuan.Aku salah seorang yang suka membaca apa-apa tentang CINTA dan JATUH CINTA.
Aku akan berkongsi dengan korang TANDA-TANDA JATUH CINTA yang aku dapat dari satu laman web di internet.
Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar belakang. Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya. Terpulang sama ada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta. Asalkan anda bahagia.


1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.


11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.



16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.

24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.

30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.




p/sHarap korang komen la ckit ttg entry kali ni..^_^(peace)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...